Terkejut kami mendengar berita terbaru tentang Din Beramboi yang dikejarkan ke Hospital Selayang dan terus dimasukkan ke dalam wad kecemasan. Khabarnya akibat terkena virus kencing tikus semasa sedang membuat penggambaran di sebuah Zoo.
Dari maklumat yang kami terima di Twitter, Din Beramboi memerlukan darah jenis O dengan segera. Jadi sekiranya anda adalah pemilik darah jenis O, sila jangan segan silu ke Hospital Selayang untuk menderma darah anda kepada Din Beramboi.
Berita terakhir yang kami dengar ialah keadaan Din Beramboi masih kritikal dan koma akibat pendarahan dalaman. Khabarnya lagi hati dan buah pinggang Din Beramboi sudah tidak mampu berfungsi disebabkan pendarahan tersebut.
Sama-samalah kita doakan yang terbaik buat Din Beramboi.
6 ulasan:
sama2 lah kita doakan yang terbaik untk din beramboi...
UIKSSS...BAHAYA GAK KENCING TIKUS NII ..SAMPAI BOLEH JD MACM TU SEKALI KE...DIA TERMINUM KE APE???ERKKK...UMAH AKU DAH LAH BANYAK TIKUS..HUHU....MEMANG JAHAT TAU TIKUS2 NI NAJIS DIA BUSOKK...
bed: marilah kita sesama doakan keselamatan dan kesehatan dia
x silap aku dia minum kat dlm zoo negara..ada event dlm zoo tuh...then, dptlah dia kencing tikus nih...nauzubillah...now elakkan la minum minuman yg bertin and makanan tepi2 jalan...
takut akak dengar hal ni
tu ar psl kak...now kena lebey beware makanan kat luar nih...
Catat Ulasan