Isnin, 14 Februari 2011

Valentine's Day

di satu pagi yg super hening, aku mendapat sms daripada seseorang...berbunyik begini..."eh kau...apa kau dpt utk valentine?"...dan ini plak jawapan aku "ko nak mamp*s...valentine tu utk org2 bukan muslim la...apa da...kalau aku tanya laki aku...sah2 aku kena sekeh...kahhhhhhhhhh" sbnrnya kwn aku tu gurau2 jer...dia saje nak test market...nak test market punye pasal, tak psl2 ko dpt kepala hangguk...jgn mare ye dek non :D

malas nak ckp byk...sendiri mau igt...tp seeloknya x yahla nak celebrate...kata muslim kan? so kalau diri dan jiwa dah muslim...seeloknya kita jgn celebrate...celebrate maulidur rasul lg bermakna....tol tak? esok kan maulidur rasul...jd aku nak amik kesempatan tuk mengucapkan Selamat Maulidur Rasul kepada semua kwn2 muslim aku sekalian

sedikit peringatan ttg hukum dan sejarah "Valentine's Day" spt dibawah..sumber dipetik daripada email yg en somi email kan kat aku pg td...thanks hubby!


HUKUM MENYAMBUT HARI VALENTINE

(Oleh Mohd Yaakub bin Mohd Yunus)

Tarikh 14hb Februari merupakan hari yang dianggap keramat oleh pasangan-pasangan yang

sedang berkasih. Hari yang dikenali sebagai Valentine¡¦s Day atau Hari Memperingati Kekasih dilihat

sebagai satu masa untuk mengisytiharkan ketulusan cinta kepada pasangan masing-masing. Maka

pada 14hb Februari pasangan-pasangan kekasih ini akan memakai pakaian-pakaian yang terbaik

dan sebaiknya hendaklah ia berwarna merah, bertukar-tukar hadiah dan seeloknya adalah bunga

ros berwarna merah. Pasangan-pasangan kekasih ini juga akan bercanda di merata-rata tempat

sehingga terjadilah adengan-adengan maksiat yang bertentangan dengan syarak demi untuk

membuktikan kasih dan sayang mereka yang tidak ternilai harganya.

Saban tahun juga para ulamak mengingatkan kepada umat Islam agar menghindari sambutan Hari Valentine ini namun ianya seperti menuang air ke daun keladi. Oleh itu adalah penting untuk kita semua menyelami sejarah sambutan Hari Valentine ini agar ianya dapat menyedarkan muda-mudi kita yang hanyut dalam lautan cinta bahawa ianya adalah sambutan yang berkaitan dengan agama Rom Kuno dan juga Kristian. Hari Valentine tidak ada kena-mengena dengan umat Islam mahupun masyarakat Melayu malah hukum menyambutnya adalah haram.

SEJARAH SAMBUTAN HARI VALENTINE

"« Pendapat pertama mengaitkannya dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13hb hingga 18hb Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata. Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun.

Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih 2 pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu. Setelah itu akan di adakan perarakan besar-besaran yang diketuai 2 pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ianya akan menambahkan kesuburan mereka.

"« Pendapat kedua mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja

Rom yang bernama Claudius II. Terdapat 2 versi cerita berkaitan dengan St. Valentine ini.

Versi pertama. Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II. Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara meloloskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari.

Pengorbanan yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Malah St. Valentine disamakan dengan Jesus yang dianggap oleh penganut Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan From your Valentine (Daripada Valentinemu) . Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine.

Versi kedua. Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin. Namun demikian St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit. Aktiviti St . Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M.

Pendapat ketiga menyatakan sambutan hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawan burung tersebut jatuh pada 14hb Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris.

Disini kita dapat melihat dengan jelas bahawa asal-usul sambutan Hari Valentine ini tidak ada

hubung-kaitnya dengan budaya serta agama bagi umat Islam mahupun adat resam bangsa Melayu.

4 ulasan:

Mrs. Simplicity berkata...

harap kita tak terlalu ikut budaya2 org luar ni kan. salam maulidurRasul utk ko sekeluarga jugak. and selamat bercuti esok! :D

Yu'xan Lee berkata...

dedulu time cintan cintun sambot gak la g mkn2 jek ngan bg bunga tp skrg tak sambut dah sbb baca nome pya article, kahhhhhhh

nome berkata...

alya: mintak simpang yer puan alya...tp aku geram jerk tgk fresh flower yg berkeliaran di sopping mall...cantek2 lak tuh :p

salam maulidur rasul utk ko sekeluarga yer alya...x sabar nak tgu wiken nih? nape ek? jeng3x.....

nome berkata...

zura: sharing is caring kan lalink...maybe dedulu kita x paham sgt maksud valentine...so now bile kita dah paham...x perlu kita praktikkan lg budaya sambut valentine...tak terlambat lg zura...its ok...