Sedih sangat bila baca citer pasal seorang gadis sanggup mencabar dan melawan mufti semata2 beliau frust namanya dan 3 orang lagi kwnnya digugurkan dari Miss World 2013...bukanlah aku nak mengumpat di bulan Ramadhan nih...tp ia menjadi satu pengajaran pada semua wanita2 muslim di Malaysia...ada sebab kena Islam tidak membenarkan wanita bertanding dalam Ratu Cantik
Arini aku pending dulu citer2 makan...so arini aku nak letak citer psl nih plak...citer ini aku kopipes dari blog Liang Lahad...aku rasa terkilan bila ada kwn2 Amelia ni ajak beliau murtad kalau nak masuk Miss World...inilah padahnya kalau dah biasa hidup bebas sampaikan tak pikir dosa pahala....semoga Allah memberi hidayah pada beliau...amin
Jom baca petikan yg aku kopipes nih!
Salah seorang peserta ratu cantik,Sara Amelia Benard mempertikaikan satu fatwa yang telah menyebabkan beliau digugurkan dari menyertai pertandingan Miss Malaysia World 2013 oleh pihak penganjur..
Sara Amelia (kanan) |
Sara mendakwa fatwa pada tahun 1996 itu sudah lapuk dan tidak sesuai digunakan pada zaman ini...
beliau juga sedih dan kecewa kerana pada tahun 2013 ini bangsa terbesar di negara ini (melayu) dilarang menyertai pertandingan ratu cantik Malaysia.
Beliau juga cuba membandingkan keputusan fatwa di negara ini dengan kemenangan pertama seorang gadis Muslim di Amerika dalam pertandingan Miss World USA pada tahun 2010 dan menegaskan bahawa kelonggaran yang sama juga di UK beberapa tahun lalu...
Dalam keadaan Sara Amelia sedih dan terkeliru dengan hukum Allah yang nampaknya beliau tidak fahami lantaran kehidupan beliau yang agak modern dan bebas itu, maka beberapa rakan FB beliau yang bukan Islam mengambil kesempatan ini dengan mengesyorkan Sara Amelia supaya meninggalkan agama Islam..
Lagi saranan rakan beliau yang meminta Sara meninggalkan agama Islam..
Perkara-perkara ini melibatkan akidah..kita tak boleh memandang remeh perkara yang sebegini..Sara dan 3 orang gadis yang kecewa di gugurkan itu mungkin akan dirapati oleh pihak agama lain supaya meninggalkan Islam demi mencapai cita-cita menjadi ratu cantik Malaysia...
Kalau mereka tu kuat akidahnya kita tidaklah begitu bimbang apabila ada pihak lain datang menghasut..
Tapi kalau dah sanggup sertai pertandingan ratu cantik yang mendedahkan tubuh badan sana sini di hadapan orang ramai,dah tentulah kita boleh agak tahap mana agamanya mereka semua tu..lebih-lebih lagi dalam keadaan fikiran mereka yang lemah pada saat-saat seperti ini...
Individu-individu yang memegang jawatan besar dalam dalam bidang agama Islam di negara ini perlulah mengambil tindakan menjelaskan secara baik kenapa beliau tidak boleh menyertai pertandingan ratu cantik ini yang banyak memaparkan aurat seorang wanita yang sangat-sangat di larang dalam Islam..
Penjelasan harus dilakukan dengan teliti sehingga Sara Amelia ini faham sepenuhnya akan hukum Islam..
Menurut Sara lagi, Datin Anna Lim,penganjur pertandingan tersebut yang kini sedang berusaha keras supaya beliau dapat disenaraikan kembali ke pertandingan Miss Malaysia ini sudah pun cuba mengaturkan pertemuan dengan Mufti Wilayah,Datuk Wan Zahidi bagi meminta penjelasan di manakah bahagian dalam Al Quran yang menyatakan berdosa dan haram menyertai pertandingan ratu cantik..
Namun menurut Sara, Datuk Wan Zahidi enggan menjelaskan atau membincangkan lanjut mengenai pengguguran berkenaan kepada Datin Anna Lim..
Jika benarlah bagai apa yang dinyatakan oleh Sara tersebut,maka bagi aku Datuk Wan Zahidi telah gagal tanggungjawab beliau sebagi Mufti dalam menjelaskan ayat-ayat dan hukum-hukum Allah apabila ada insan yang mahukan penjelasan..
Jangan apabila mereka berempat ini murtad kerana tidak memahami Islam demi cita-cita mereka,waktu tu baru kita nak menyesal..
inilah muka-muka 4 orang pompuan yg digugurkan nama dari Miss World 2013...Sara Amelia Bernard, Wafa Johanna De Korte (sebut betul2 yer...kang takut mencarut plak..kahhhhhh), Miera Sheikh dan Kathrina Ridzuan....tp yg kuat melaung dan melawan mufti sudah tentunya pompuan baju merah tuh....Sara Amelia Bernard...hampehdotcom pompuan nih!
6 ulasan:
diorg ni sosial sgt
xde pengajaran agama yg mendalam
parents should be blame jugak
lau x masakan anak diorg ni menyalahkan fatwa dan agama islam sndiri...xtaulah kita doa2 kan lah supaya mereka ni xde terlintas pun nak tukar agama amin
el: betol sgt...di bulan mulia nih...aku berdoa semoga derang mendapat hidayah Allah dan jgnlah terpesong akidah sampai nak tukar agama...
BUKAN BAB DEDAH AURAT JE... INI JUGA MELIBATKAN MANUSIA MENGADILI CIPTAAN ALLAH S.W.T. ALLAH ITU MAHA SEMPURNA SIFATNYA YANG TIDAK LAGI PERLU DIADILI CIPTAANNYA... SEMOGA YANG CETEK AGAMA ITU PERGILAH BELAJAR AGAMA AGAR SELEPAS NI CERDIK AGAMA.
- MDM LEOPARD
mdm leopard: saya setuju dgn pandangan awak..sesungguhnya setiap hamba Allah itu adalah sempurna sifatnya...maka tidak perlulah diadili oleh manusia...thanks sbb sudi bagi pandangan di blog saya :D
yang awak ni apa bezanya dengan si sarah ni, sudah bertudung tapi baju maintain yang ketat2, lengan pendek, pakai contact lense kaler2, gincu merah2 nak seksi sangat, makeup extreme takde kelas tapi nak mengata sarah pulak, sedarlah sikit oii
tanpa nama: alahai awak nih...kesian saya tgk awak...ntah2 awak ni sarah yer...yg selalu berangan2 nak jadi miss world tu yer? almaklumlah 'sapa makan cili dia terasa pedasnya'...ish ish ish...cuba lain kali la yer...syohhhh syohhhh syohhhh! :P
Catat Ulasan