Rabu, 3 Julai 2013

Apalah sangat perasaan seorang isteri

Apalah sangat perasaan seorang isteri kalau dibandingkan dengan perasaan suami, ibu/ibu mertua, bapa/bapa mertua? Kedudukan isteri tersangat rendah kalau dibandingkan dengan suami, ibu/ibu mertua, bapa/bapa mertua....jadi airmata sudah tentunya menjadi peneman setia bagi para isteri.

Kalau isteri nak meluahkan rasa hatinya, dikhuatiri akan menyinggung hati suami, ibu/ibu mertua, bapa/bapa mertua...jadi sekali lagi airmata tetap setia menjadi peneman bagi si isteri.

Senangnya isteri nak masuk syurga dan senang juga isteri nak masuk neraka. Isteri ni hanyalah tulang rusuk bagi suami. Isteri kenalah sentiasa mengalah dan bertolak ansur demi kebahagiaan suami, ibu/ibu mertua, bapa/bapa mertua. 

Biarlah berkali2 hidup isterinya dilanda kekecewaan atau penderitaan, tidak tergamak nak membiarkan orang lain kecewa dan menderita...itulah isteri dan sekali lagi airmata menjadi peneman setia baginya.

Isteri tidak perlu ungkit pasal 1000 kebaikan yang telah dibuat, kerana dikhuatiri menjadi perbuatan sia2...sebaliknya redha supaya ia menjadi sedekah pahala buatnya. 

Isteri...Isteri...Isteri...nak merungut tak boleh, nak berleter tak boleh, nak cerewet tak boleh, nak CURANG LAGILAH TAK BOLEH....sekali lagi airmata menjadi peneman setia...

Biarlah apa orang kata tentang kita kerana sesungguhnya Allah itu ada bersama2 dengan kita semua wahai para isteri...

Bersabarlah selagi boleh! Biar diri tidak bahagia asalkan anak2 bahagia kerana ayah dan ibunya masih lagi tinggal sebumbung....perpisahan dan perceraian akan mengakibatkan emosi anak2 terganggu dan secara tidak langsung mempengaruhi kehidupan mereka kelak...maka bertabahlah wahai para isteri di luar sana...jangan cepat melatah bila rumahtangga dilanda badai...

Tapi ada satu persoalan yang tersemat di hati...apakah benar si isteri perlu mengutamakan perasaan ibu mertua berbanding perasaan ibu sendiri kerana kedudukan ibu mertua lebih tinggi berbanding ibu sendiri? bukankah kedudukan ibu mertua dan ibu sendiri sama level? 

setahu saya, isteri perlu mengutamakan:
1. Allah s.w.t
2. Rasulullah s.a.w
3. Suami
4. Ibu/Ibu Mertua (sama level)
5. Bapa/Bapa Mertua (sama level)
6. Anak-anak

Wallahualam...cerita ini tiada kaitan dengan sesiapa...hanyalah sekadar cerita-cerita biasa....Aku Isteri, Ibu dan dot dot dot

5 ulasan:

el berkata...

w/pun aku dah tinggal ngan mil aku dkt 7taun..apa yg buruk baik pasal aku gamaknye mil aku pun dah faham..meroyan ke hantu ke semua dia dah tgk hahaha..tp aku xdelah rapat sgt ngan dia..cuma aku jaga perasaan dia jek..kdg2 amek ati dia beli adiah ke..msk sedap2 ke dia..gpun dia dah tua..so sian dia wat keje kan..tp dia kuat alhamdulilah...dulu aku mcm spoil skit lah ngan mil aku..buat hal sndiri..pas dah rmi anak ni sifat aku dah berubah lebih pada tggjwb aku sbg menantu jaga dia hehe..
papepun kena jaga dua2 pihak jugak

yg penting kita dengan Allah buat baik ngan diorg Allah akan suka :)

aku ni nak nasihat2 ni xreti..tu je lah aku leh bagi :)

Mrs. Simplicity berkata...

mendalam sungguh entry ko kali ni mie. hope everything is fine. senyum sikit :)

nome berkata...

el: alahai bertuah sungguh mil kamoo el...kamoo dah lah pandai masak, pandai amik hati, kelakar plak tuh...aku percaya mil ko tentu syg giler kat ko...kalau aku jd mil ko for sure aku syg ko ketat2 :D

berbakti pada mak mertua ibarat berbakti pada ibu sendiri....takde bezanya..sama level dan sama kedudukannya...cuma bonus bagi mereka yg dpt mertua yg sgt memahami keadaan anak menantunya, tidak memaksa, tidak sentap, bertolak ansur dan saling sayang menyanyangi...kan nikmat hidup namanya tuh :)

dan lagi bagus kalau dpt mertua yg tak membezakan kasih antara menantu2, dan tidak cemburu bila anaknya pegi melawat ibu isterinya...memang boleh dpt title ibu mertua mithali gitew :D

nome berkata...

el: thanks di atas nasihatmu nih el...aku akan jadikan ko sbg role model sbg menantu yg baik...thanks beb!

nome berkata...

alya: arini ari pertama aku period beb! so hormon dan emosi tak berapa stabil...sbb tu entry mendalam ni terkeluar dgn sendirinya...aku ok beb! so far so good...dan aku harap aku kuat utk terus bersabar...semoga Allah memberikan ku kekuatan...amin..thanks for your concern beb! take care yer :D