Rabu, 31 Julai 2013

WORDLESS WEDNESDAY KATANYA

Buka puasa semalam di Tony Romas, Sunway Piramid...misi mencari keperluan raya (^_^)


 KICKIN SHRIMP - APPETIZER...masyAllah sedapnya lahai







 LAMB FULL SLAB - NOME PUNYA..TAPI MAKAN SETENGAH JER...SELEBIHNYA TAPAU BUAT SAHUR







 BOUNTIFUL RIBS & MEDALION - KEPUNYAAN EN SOMI...LICIN! :D

Selasa, 30 Julai 2013

Eh Eh Dah 21 Ramadhan Rupenya

Ya Allah lajunya bulan puasa skrg...bile cek kalendar...sedar tak sedar dah 21 hari kita semua berpuasa...semoga segala amalan kita pada 10 ramadhan terakhir ini diberkati Allah s.w.t...aku jugak ingin memohon ampun dan maaf di atas kekhilafan aku sefamily selama ini...maafkanlah kami 

Alhamdulillah segala persiapan untuk suami, anak2 dan bibik dah siap...aku? serba sederhana jer...takdelah nak meriah sgt! baju ada sepasang dua jer (beli utk cukup syarat) rumah pun sama...takde apa yg nak ditukar...ate anak2 pun kecik lagi...tunggulah kalau derang dah besar nanti...baru pikir ubahsuai umah plak :D

Kalau orang lain bersesak2 nak balik kampung yg jauh beratus batu....kami anak banak rilek melenggang kangkong jer balik....bayar tol pun tak sampai 10 hengget...tup2 dah sampai dah kampung halaman...ekeke...untung ooo kawen dgn org dekat2 nih! (>_<)

Kuih raya korang mesti meriah kan? sure ada yg buat dan order kan....aku plak spt biasa....beli hat tunjuk2 jer...tak reti nak buat kueh raya...kesian aku kan? eh silap kesian en somi sbb dpt bini tak pandai buat kueh raya...huhuhu

Raya tahun ni agak kureng bagi aku...setelah ketiadaan Abah...raya aku agak suram sket! harapkan cucu2 yg memeriahkan keadaan...lain rasanya bila dah takde abah nih...tapi takpe...life must go on! semoga Raya kali nih membawa rahmat buat kami sekeluarga..amin

gambar kat bawah nih adalah gambar budak cengeng yg takutkan bunga api...nangis siap tutup2 mulut lagi...sapa lagi kalau bukan anak lelaki saya Aryan...ekeke...lawak tol! :D

 seronok anak banak main bunga api depan umah...






time ni lah aryan nangis lalak2 bile nampak along dia terkena percikan api...yg peliknya dia plak yg over nangis...walhal leesya ok jer...ekeke...






 nangis sampai tutup2 mulut...ekeke...






 puas bibik aku pujuk....takut bebenor bila along dia sakit...camtulah kalau kat umah...bila along kena marah dgn aku...aryan akan marah aku balik...hamboi...syg betol kat along dia..






 comel je bila nangis tutup mulut...malu sore kuat la tuh...






terus tunduk malu bila aku amik gambo dia...ekekek :D

Jumaat, 26 Julai 2013

Sambut Besday Leesya di Secret Recipe...Happy Birthday Princess! :D

Seronoknya harini Selangor cuti...sure ramai yg kuar bersopping! Elok plak tu, arini opis aku bagi gaji...mmg sesuai sgt utk menghabiskan duit! (^_^)

Aku half day arini...nak bawak en somi, bibik dan anak2 bersopping brg2 raya...kalau bleh nak lepaskan brg anak2 dulu...baru rasa senang hati! :D

Oh ye, semalam aku dan family berbuka di luar! Meraikan besday leesya malam tadi...kami bukak posa kat Secret Recipe Kg Melayu Subang...dekat je dgn umah! :)

Seronok leesya bile ramai2 nyanyikan lagu besday utk dia...


 Happy birthday princess! hamboi depan makanan pun sempat lagi nak melentik :D






 Ustaz Aryan Afeef in da house! :)







 tak sempat tunggu azan, dia dah telan dulu...








 Chicken mushroom with rice utk leesya tapi last2 ibu dia gak yg habiskan...dia amik mee kari aku...huhuhu







 en somi order lamb shank with bread...sedappp!!! peminat tegar kambing :D






 close up sket...sedap!







 heaven betol dpt makan mee kari secret! sedap nak mam!!! dia punya sambal pun ummpphhh!!! aku dan bibik order mee kari...dua2 licin! wajib repeat mkn mee kari secret lagi :D







 layankan je la besday girl punya peel smlm...kuat berposing! hat ni posing sbb tak sabar tgu kek dia sampai






 kami tak order sejibik kek..kami amik 2 slice jer...leesya pilih chocolate indulgence for her cake birthday!






 acara suap menyuap






 bibik yg amik gambo nih...spt biasa aryan mmg tak sporting kalau bab bergambo...lasak betol anak lelakiku skrg...






my precious! inilah keluarga kecik kami...i heart, kidney, liver them so much! (^_^)







my durian kek! love it! :D

Khamis, 25 Julai 2013

Selamat Hari Lahir Aleesya Azzalea

Dengan lafaz bismillah dan syukur ke hadrat Allah s.w.t...arini 25 July 2013, genap umur anak perempuan saya Aleesya Azzalea binti Mohmed Faizal 5 tahun..semoga Allah s.w.t panjangkan usia dan kurniakan kesihatan yang baik buat anakku ini...kehadiran Aleesya memberi kebahagiaan buatku dan suami setelah sekian lama menunggu zuriat di rahimku...selama 1tahun 9bulan lamanya! kini aku sgt bersyukur kerana aku dan suami terpilih untuk memelihara amanahMu ini ya Allah...Kau lindungilah dan kurniakanlah kebahagiaan yang berpanjangan buat anakku ini...amin

Selamat Hari Lahir Aleesya....Ibu, Ayah dan Adik Aryan sgt menyanyangimu...jadilah anak yang solehah dan contoh kakak yang baik buat adik Aryan


 aleesya lahir pada 25 July 2008 sejurus selepas sembahyang Jumaat melalui kaedah pembedahan kerana air ketuban bocor...lahir dengan berat 3.0kg...merupakan cucu sulung buat kedua ibubapaku dan cucu kedua buat keluarga mertuaku...Aleesya tidak pernah menyusahkan malah sgt membahagiakan kami sbg ibu bapa...anak yg sgt senang dijaga, tidak cerewet, manja, dan suka berangan2 nak jadi 'princess' (^_^)








 gambar ni Aleesya baru berumur 2 bulan







 Aleesya berumur 1 tahun






Aleesya berumur 2 tahun





aleesya berumur 3 tahun






aleesya berumur 4 tahun






dan kini berumur 5 tahun...love u sayang!

Rabu, 24 Julai 2013

Berbuka di Hotel Shangri-La dan makanan semalam

marilah kita lupakan psl kisah Miss World tadi...apa yang penting ai sudah menjadi Miss World di hati en somi...tu yang paling utama dan digalakkan dalam Islam! (>_<)

tak sah kalau sehari takde kisah pasal makan2...tadi tgk blog EL...terus tekak ai menari2 nak makan western...hang mmg kijam la EL! ekeke :D

pastu singgah blog org ni dok tayang sutun goreng tepung dan mee goreng basah...good idea! memberi inspirasi padaku nak masak ptg kang! thanks ya! 

Tak sempat aku nak main masak2 semalam...I is no idea sebenarnya! so aku ke bazar ramadhan je la beli nasi kerabu...tapi bila sampai umah tgk ada lauk ayam kurma, pekedil dan sayur terung terhidang atas meja...ooohhh thanks bibikku!!! (^_^)


cantek giler bunga pepel kat Shangri-La nih...meh le amik gambo kenang-kenangan tempek kat dlm blog






 cover perot sket :D







 sedap giler makanan yg ada kat hotel Shangri-La nih...especially udang yang bersaiz XXXXLLLL






 puas hati dpt makan udang besar tapak tangan nih






 kalau dah ada solmon dan oyster...sudah tentulah pinggan saya...fresh sgt!






mak ai byknya makanan..ni meja kami..







 me and other half....balik kekenyangan kami malam tu







 me and my junior kat UITM....now sama2 keje dalam satu company






walaupun nampak simple nasi kerabu nih...tp sgt sedap! ini lah yg aku beli semalam kat bazar

BEKAS PESERTA RATU CANTIK DIAJAK TUKAR AGAMA DEMI CAPAI CITA-CITA!!

Sedih sangat bila baca citer pasal seorang gadis sanggup mencabar dan melawan mufti semata2 beliau frust namanya dan 3 orang lagi kwnnya digugurkan dari Miss World 2013...bukanlah aku nak mengumpat di bulan Ramadhan nih...tp ia menjadi satu pengajaran pada semua wanita2 muslim di Malaysia...ada sebab kena Islam tidak membenarkan wanita bertanding dalam Ratu Cantik

Arini aku pending dulu citer2 makan...so arini aku nak letak citer psl nih plak...citer ini aku kopipes dari blog Liang Lahad...aku rasa terkilan bila ada kwn2 Amelia ni ajak beliau murtad kalau nak masuk Miss World...inilah padahnya kalau dah biasa hidup bebas sampaikan tak pikir dosa pahala....semoga Allah memberi hidayah pada beliau...amin

Jom baca petikan yg aku kopipes nih!
Salah seorang peserta ratu cantik,Sara Amelia Benard mempertikaikan satu fatwa yang telah menyebabkan beliau digugurkan dari menyertai pertandingan Miss Malaysia World 2013 oleh pihak penganjur..

Sara Amelia (kanan)
Sara mendakwa fatwa pada tahun 1996 itu sudah lapuk dan tidak sesuai digunakan pada zaman ini...

beliau juga sedih dan kecewa kerana pada tahun 2013 ini bangsa terbesar di negara ini (melayu) dilarang menyertai pertandingan ratu cantik Malaysia.

Beliau juga cuba membandingkan keputusan fatwa di negara ini dengan kemenangan pertama seorang gadis Muslim di Amerika dalam pertandingan Miss World USA pada tahun 2010 dan menegaskan bahawa kelonggaran yang sama juga di UK beberapa tahun lalu...

Dalam keadaan Sara Amelia sedih  dan terkeliru dengan hukum Allah yang nampaknya beliau tidak fahami lantaran kehidupan beliau yang agak modern dan bebas itu, maka beberapa rakan FB beliau yang bukan Islam mengambil kesempatan ini dengan mengesyorkan Sara Amelia supaya meninggalkan agama Islam..


 Lagi saranan rakan beliau yang meminta Sara meninggalkan agama Islam..


Perkara-perkara ini melibatkan akidah..kita tak boleh memandang remeh perkara yang sebegini..Sara dan 3 orang gadis yang kecewa di gugurkan itu mungkin akan dirapati oleh pihak agama lain supaya meninggalkan Islam demi mencapai cita-cita menjadi ratu cantik Malaysia...

Kalau mereka tu kuat akidahnya kita tidaklah begitu bimbang apabila ada pihak lain datang menghasut..

Tapi kalau dah sanggup sertai pertandingan ratu cantik yang mendedahkan tubuh badan sana sini di hadapan orang ramai,dah tentulah kita boleh agak tahap mana agamanya mereka semua tu..lebih-lebih lagi dalam keadaan fikiran mereka yang lemah pada saat-saat seperti ini...

Individu-individu yang memegang jawatan besar dalam dalam bidang agama Islam di negara ini perlulah mengambil tindakan menjelaskan secara baik kenapa beliau tidak boleh menyertai pertandingan ratu cantik ini yang banyak memaparkan aurat seorang wanita yang sangat-sangat di larang dalam Islam..

Penjelasan harus dilakukan dengan teliti sehingga Sara Amelia ini faham sepenuhnya akan hukum Islam..

Menurut Sara lagi, Datin Anna Lim,penganjur pertandingan tersebut yang kini sedang berusaha keras supaya beliau dapat disenaraikan kembali ke pertandingan Miss Malaysia ini sudah pun cuba mengaturkan pertemuan dengan Mufti Wilayah,Datuk Wan Zahidi bagi meminta penjelasan di manakah bahagian dalam Al Quran yang menyatakan berdosa dan haram menyertai pertandingan ratu cantik..

Namun menurut Sara, Datuk Wan Zahidi enggan menjelaskan atau membincangkan lanjut mengenai pengguguran berkenaan kepada Datin Anna Lim..

Jika benarlah bagai apa yang dinyatakan oleh Sara tersebut,maka bagi aku Datuk Wan Zahidi telah gagal tanggungjawab beliau sebagi Mufti dalam menjelaskan ayat-ayat dan hukum-hukum Allah apabila ada insan yang mahukan penjelasan..

Jangan apabila mereka berempat ini murtad kerana tidak memahami Islam demi cita-cita mereka,waktu tu baru kita nak menyesal..
inilah muka-muka 4 orang pompuan yg digugurkan nama dari Miss World 2013...Sara Amelia Bernard, Wafa Johanna De Korte (sebut betul2 yer...kang takut mencarut plak..kahhhhhh), Miera Sheikh dan Kathrina Ridzuan....tp yg kuat melaung dan melawan mufti sudah tentunya pompuan baju merah tuh....Sara Amelia Bernard...hampehdotcom pompuan nih!

Selasa, 23 Julai 2013

Berbuka dan Bersahur di Umah Mertua & Masak Sendiri di Umah

Kalau 2 minggu lepas aku berbuka dan bersahur dengan family di umah Serdang...jadi minggu lepas aku dan family bergilir plak berbuka dan bersahur dengan keluarga mertua di Shah Alam

Bukan setakat family aku jer...ipar duai pun ada sekali memeriahkan suasana...dah cam malam raya plak kekdahnya :D

Yang paling best sekali of kos la juadah berbuka yang 100% disediakan oleh mak mertua kesayangan...start from appetizer, main dish sampailah ke dessert...semuanya mak mertua buat sendiri...

Meh skodeng apa yg meriah sgt juadah berbuka aritu (^_^) 



 meja ni special utk air dan juga dessert2....ada buah-buahan...ada kueh Jennifer Lopez di situ...air plak adalah air campuran koktail dalam tin...sumpah menggiurkan! kueh lopez tu mak mertua saya buat sendiri....sgt sedap!!!






 ha yang ni lauk signature en somi...mak mertua mintak en somi buatkan Ayam Masak Halia....jadi jgn hampakan permintaan org tua yer...mmg sedapppp sgt!






 segala ulam-ulaman dan sambal belacan...petai tu sgt la mengghairahkan! :D






 Sayur wajib ada! jadi mak mertua sediakan sayur campur utk kami....terliur plak tgk sayur campur nih






 kari kaki ayam peberet kami semua! pekat dan likat sungguh kari ibu mertua saya...apa yang penting sgtlah melazatkan...nyummeh!!!






 ha yang ni memang terbaek! sup tulang resipi bonda mertua! mak mertua buat seperiuk besar tau..tak taulah bape kilo...tp memang habis licin! kami makan berulang2...sedapppppp meletop2 uuu!!! dagingnya masyAllah sgtlah lembut...ada petua kata mak mertua saya...kalau nak lembutkan daging, masukkan daun pandan ke dalam sup...insyAllah daging tu menjadi sgt lembut...marilah kita cuba yer! :D







 nak makan beramai2 camni, kami perlukan dua meja tau...ya Allah memang berselera kalau dapat berkumpul ramai2...makan menambah pun tak perasan...happy sgt! :D






 rasa kuih lopez nih sgt asli...sebab mertua menggunakan daun pisang untuk membungkus dan mengukus...memang challenging la! dah mintak resipi tapi tak taulah bile nak buat...silap gaya, mintak mak mertua buatkan lagi...ekeke :)






budak bertuah yang tak posa...dia nih selamba je makan dulu sebelum azan....masyAllah anak sapalah tu yer :D


Hari ahad plak aku dan family tak ke mana2....marilah menghabiskan stok yg ada dalam peti ais...aritu aku dan mak amik kesempatan sopping brg dapo kat NSK Serdang...masyAllah murah giler weiii brg dapo kat NSK nih....sekor ikan siakap baru 3 hengget, ikan keli sekilo baru 3.50 jer, terung sebundle (ada dlm 10 biji kot) baru 1 hengget...pastu sayur kailan ikat besar baru 2 hengget, sayur sawi cina btg putih tu baru 1.50...byk giler weiii...aku berabis beli aritu tak sampai 50 hengget tau...suka sgt! wajib repeat sopping kat NSK lagi :D

moh skodeng apa aku dan en somi masak ari ahad baru nih...simple jer...apa yg penting habis dan tak membazir...menambah2 kami makan...sedar tak sedar nasi 3 pot setengah abis dibedal kami laki bini, bibik dan leesya...alhamdulillah

 en somi menunjukkan bahan2 yg hendak ditumbuk...ada halia, bawang besar, cili api, bawang putih dan daun limau purut...ni memang lauk signature en somi...sedap sgt ayam halia beliau!






 tu dia gigih menumbuk..bergegar rumah!!! :D






 mengancam sungguh la Ayam Masak Halia nih! perghhhh!! thanks abang (^_^)







giliran saya plak masak ikan siakap 3 rasa...first sekali ikan hensem nih perlulah digoreng terlebih dahulu...goreng jgn sampai kering garing plak...goreng biasa sampai nampak gebu2 isinya...







 pastu buat kuah plak...sonang baitu! tutup mata pun bleh masak benda nih...aku letak sayur kobis bunga, mix veges, nenas sarawak yg sgtlah manis, tomato dan daun limau purut...pastu letak cili sos, cili kering yg dah digiling, oyster sos, garam dan gula...senang kan? :D








 bila kuah dah siap, kita siramkan je atas ikan siakap goreng tadi...tadaaa siap sudah ikan siakap 3 rasa versi no-me (>_<)







 sawi cina nih, aku bikin goreng dgn sos tiram jer....sodapnya lahai!!! sayur wajib ada...baru lalu nak makan






 ha ikan masin jgnlah lupa yer....lagi2 bibik aku...mmg peberet dia kalau ikan masin nih...laju je makan sampai tak pandang org lain dah...sumpah ohsem!!!






 kalau dah ada ikan masin, of kos lah kena ada sambal belacan pedas meletop2...mmg terbaek!!!