Khamis, 11 April 2013

BINGKISAN RINDU BUAT ABAH - 13 APRIL 2013

BINGKISAN RINDU BUAT ABAH

Abah
13 April datang lagi T_T

Abah
Kalaulah Abah ada
Pasti Abah tersenyum kerana bakal berusia 63tahun

Abah
Andainya dapat ku pusingkan waktu
Sudah pasti Abah ada di sisi menemaniku

Abah
Masih terasa genggaman tangan Abah
Sebelum Abah menghembuskan nafas yang terakhir

Abah
Kini Abah tiada lagi
Abah pergi menyahut seruan Ilahi
Sunguh berat hati ini untuk merelakan pemergianmu
Namun aku redha dengan suratan ini

Abah
Pemergianmu kian lama berlalu
Namun ingatanku terhadapmu semakin dalam
Rasa rindu untuk memelukmu
Rasa rindu untuk mencium tanganmu
Rasa untuk berbakti kepadamu
Tapi kau tiada lagi

Abah
Meski tiada segunung emas yang kau wariskan
Tetapi Abah telah mewariskan sesuatu yang lebih berharga
Sesuatu yang lebih bercahaya daripada emas dan permata
Sesuatu yang boleh menerangi kegelapan
Didikan yang telah kau curahkan 
Menjadi azimat ampuh untuk menempuh hari-hari mendatang


Abah
Kini aku akan memikul bebanan sepertimu dulu
Suatu tanggungjawab yang amat besar bagiku
Namun aku yakin mampu memikulnya
Kerana Abah menjadi idolaku
Ku yakin kuat sepertimu Abah

Abah
Terima kasih atas segala pengorbananmu
Akan ku ingati pengorbananmu
Tidak akan pernah aku melupakan jasa-jasamu
Abah insan yang sangat ku sayang dunia dan akhirat

Abah
Kini anakmu hanya mampu mengutuskan doa buatmu 
Damai lah engkau di sana 
Walaupun ku tidak lagi menyambut ulangtahun kelahiranmu
13 April sentiasa menjadi tarikh terindah dalam diari hidupku

nota sipi: seminggu sebelum pemergian Abah...abah sempat bergurau dengan Pak Lang dan Pak Tam tentang kematian. diciterkan semula oleh mak ku Hajah Umi Kelsum

Abah: agak2 sapa yang akan meninggal dulu? 
Pak Lang: aku kot Mat...sebab aku yang lagi tua...
Abah: orang kata kalau umur dah lepas 63 tahun, insyAllah umur panjang sebab nabi Muhammad s.a.w wafat umur 63 tahun...tapi kalau orang tu tak lepas umur 63tahun, berkemungkinan boleh 'pergi' dulu
Pak Tam: eh ko tak lah Mat (tamat)! telinga ko panjang tuh...maknanya umur ko panjang! 
Abah: eh ye ker? insyAllah (sambil senyum)

seminggu selepas gurauan nih, Abah pergi selama-lamanya...pergi dengan tenang sekali...Al-Fatihah untuk arwah abahku Haji Tamat bin Nasirun
 

13 April 1950...genaplah umur arwah Abah 63tahun...semoga Abah damai disana...amin

6 ulasan:

Mudd berkata...

al-fatihah..
sis.. jgn sedih2 lama2 sgt ye.... T_T
i leffiu....

nome berkata...

mudd: thanks dik! akak nampak tabah di luar tp sedu sedan di dalam...insyAllah akak kuat....amin

Tanpa Nama berkata...

alfatihaa...
hadoi along pg2 ni da bg mood sdeh kt org...
da org teringt kt arwah abah....

nome berkata...

fir: nak wat camne fir...esokkan sepatutnya besday abah kan...sob sob sob T_T

Mrs. Simplicity berkata...

Al-Fatihah... :(

nome berkata...

alya: thanks beb...al-fatihah