Jumaat, 15 Mac 2013

Abah Dalam Kenangan T_T

Salam Jumaat semua kawan2ku sekalian

Maafkan saya kerana emosi saya kurang stabil arini...kerana hati ini sgt merindukan belaian manja seorang Abah...maafkan diri ini kerana tidak berupaya menyembunyikan rasa rindunya pada kasih sayang seorang Ayah kepada anaknya..hati ini terpanggil untuk mencoretkan rasa rindunya pada blog ini kerana berkali2 mimpikan Ayahnya yang selalu tersenyum...ya Allah canteknya senyuman Abah dalam mimpiku...berseri2 muka abah...walaupun abah berkulit gelap...tp dalam mimpi tu Abah berkulit cerah...maafkan aku kawan..tidak berniat untuk beremosi sebegini...berkali2 aku cuba kuatkan semangat...

Aku redha ya Allah..sumpah aku redha! doaku tiap2 hari agar Abah bahagia di sana...aku tidak mahu kerana kelakuanku adik beradik membuatkan Abah menderita di sana...kami akan cuba sedaya upaya membahagiakan mak...kami akan menjaga mak sebaik mungkin...insyAllah...

Abah...hidup ni kurang berseri tanpa Abah disisi...Abah penceria kami! kehilangan Abah amat dirasai...bukan hanya kami adik beradik dan mak..malah kaum sanak sedara dan sepupu sepapat juga terasa kehilangan Abah...kini kampung Semenyih sunyi tanpa keletah Abah...Abah sporting! Abah pelawak! Abah baik! Abah humble! Kami sunyi Abah! tapi kami redha! semoga Abah berbahagia di sana...tenanglah Abah...kami sentiasa merindui Abah! Abahlah pengarang jantung kami! Abah sentiasa di hati kami...Al-Fatihah buat Abahku Almarhum Haji Tamat bin Nasirun..



ABAH DALAM KENANGAN

 Abah sentiasa di hati







 kalau dulu Abah sentiasa mendoakan kami anak2 sehingga berjaya..kini doa kami anak2 untuk kebahagiaan Abah di sana...bahagialah wahai Abahku






 Kenangan 2tahun lepas sewaktu kami di kampung...






 ini pula gambar2 kenangan Ulangtahun Perkahwinan Mak dan Abah 2 tahun lepas...masih segar di ingatan...gurau senda mak abah sewaktu memotong kek T_T





 Abahku memang penceria orangnya...





 Orang Tua Kechentaan hatiku






 Gembiranya mereka walaupun hanya memotong kek perkahwinan





 Romantik betul mereka






 Kebahagiaan IbuBapaku adalah kebahagiaan ku juga






 Kenangan Terakhir Arwah Abah Hari Raya Tahun Lepas disamping Mak dan cucu2nya...kami redha Abah..kami redha! T_T





 inilah gaya abah setiap kali nak makan ubat...tapi waktu terakhir kematian Abah....Abah tak sempat makan ubat...mungkin Abah tahu panggilan Ilahi telah sampai T_T





Kini tiada lagi tradisi permainan bowling di Hari Raya...kami sedara mara sepakat tidak meneruskan tradisi ini...kerana idea bowling ni datangnya dari Abah...we miss u Abah! Al-Fatihah

8 ulasan:

Unknown berkata...

walopon tak melaluinya pon dah bergenang air mata ni Nome..aku tau ko rindu sgt ngan arwah abah..istigfar byk2 ye dan doakan de.

Nurul Ain berkata...

mudahan arwah ditempatkan dalam golongan yang diredhai.amin

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ tinieƸ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ berkata...

Semoga abah mu tenang di sana
doa kita sebagai anak setiap hari la bekal dia di sana :)

bertabah yer nome

Norsi berkata...

aduhla mie...

menitis air mata norsi. terkadang perasaan yang berbuku itu perlu diluahkan

in shaa ALLAH tenang dia di sana dengan doamu mie.

Al - Fatihah buat pakcik tamat.

nome berkata...

bibu: thanks bibu! memang aku rindu sgt dengan abah...rindu sgt2...sorry aku terpaksa luahkan T_T

nome berkata...

ain: thanks sahabat :)

nome berkata...

tinie: thanks fren...insyAllah doaku tidak akan putus utk arwah abahku yang terchenta

nome berkata...

norsi: thanks sahabat! sesungguhnya hanya doa anak2 buat bekal abah di sana...semoga abah bahagia di sana...amin