Khamis, 13 September 2012

Pemergian Pakcik Tersayang pada 11 Sept 2012

11th September 2012...adalah tarikh kesedihan buat aku sekeluarga...kembalinya pakcik aku mengadap Illahi pada hari tersebut...tak lupa juga kepada kawanku yang juga kehilangan arwah ayahnya pada hari yang sama 3 tahun lepas, iaitu KAK AI (KLIK SINI) Al-Fatihah ke atas arwah ayahmu sis

sebuah pemergian yg sangat mengejutkan buat aku dan sedara-mara....kalau tahun lepas isterinya sudah terlebih dahulu menemui Pencipta....skrg giliran arwah pula....citer detail pasal pemergian isteri arwah ada DI SINI

arwah pergi meninggalkan anak2 seramai 5 orang...kini, sepupu2 aku sudah menjadi anak yatim piatu...berat mata memandang tapi berat lagi bahu memikul....semoga sepupu2 aku sabar menempuhi dugaan hidup...mereka semua adalah anak2 remaja...yang masih belajar...ya Allah, berikanlah mereka kekuatan dan ketenangan hidup kerana mereka tiada ibu dan ayah didunia ini...susah untuk aku meneruskan coretan pada entry kali ini...sedih mengenangkan nasib sepupu2ku (T_T)

kepada Allayarham Abdullah bin Mahmood semoga roh arwah dicucuri rahmat dan digolongkan dalam golongan yang beriman...amin...

ini adalah gambar kenangan terakhir arwah...seolah-olah arwah tahu bahawa raya tahun ni adalah raya terakhir...arwah bagi duit raya pada semua orang (padahal sebelum ni arwah tak pernah camtu)...arwah yang berT-shirt dan berkain pelekat (padahal selama ni arwah suka berbaju melayu kalau beraya)...semoga roh arwah tenang di sana...Al-Fatihah


4 ulasan:

Mudd berkata...

Takziah Sis...Al fatihah untuk arwah pakcik..

Nurul Ain berkata...

Innalillah...Semoga arwah ditempatkan dalam golongan yg Diredhai..Al-Fatihah

nome berkata...

mudd: thanks dik

nome berkata...

ain: thanks beb