Rabu, 8 Januari 2014

Ketam Nipah

Setelah digoogle dan teliti halal haramnya..maka puaslah hati ini apabila majlis fatwa menyebut bahawa Ketam Nipah itu halal untuk dimakan...so tonite aku masakkan Ketam Nipah Goreng Bercili buat suami tercinta...tak sabar nampaknya en somi sampaikan pesan kat tepon pagi2 suruh masakkan ketam nipah yg beli aritu...

Pestime beli Ketam Nipah kat Aeon One Utama aritu...dah siap potong dan packing...tinggal nak masak jer...menurut pengalaman org yg penah mkn ketam nih, mengatakan ketam nipah ni lagi sedap dari ketam bunga...wallahualam...I is baru pestime nak rasa! I is tak sabar nak masak :D

So bersiaplah kamoo wahai encik-encik ketam sekalian...sudah tiba masanya kamoo digulai dan direndang...en somiku tingin sgt nak mengokak dan mengunyah kamoo wahai encik ketam



HALAL MEMAKAN KETAM NIPAH - MAJLIS FATWA KEBANGSAAN. 
 
Ketam nipah pula bukanlah daripada jenis reptilia dan amfibia, tetapi ia adalah dari jenis rustasia iaitu sama golongan dengan udang dan kerang. Keseluruhan edaran hidupnya adalah di dalam air dan mempunyai sistem pernafasan melalui insang dan bukan paru-paru. Ia bernafas menggunakan oksigen dalam air sebagai pelarut. 

Oleh itu dari segi hukum ketam nipah ialah binatang yang boleh dimakan. Kehidupan ketam nipah di darat hanya dalam tempoh masa yang singkat sahaja iaitu lebih kurang dua tiga hari, kerana dalam insangnya mempunyai satu ruang pintu yang boleh ditutup dan mengandungi sedikit air. Ia menggunakan air tersebut untuk pernafasan dan sekiranya air itu kering ia akan mati. Katak adalah sejenis binatang dualam yang hidup di air dan juga di darat. Menurut Mazhab Syafie, tiap-tiap binatang yang hidup dua alam adalah haram dimakan. 

Oleh : Pemikir (www.suarapemikir.com)
 

2 ulasan:

el berkata...

really boleh mkn
sbb mmg iols pun dgr ketam nipah ni lg byk isi n sedappp
nti iols pun nak g borong ketam nipah kat market..geram iols tgk ketam nipah sbb sblm ni kan xleh mkn hahaha ..nti ko ketam nipah iols kerjakan hehe

nome berkata...

belit lidah aku baca komen hang weiii!!! lawak la...tp iolss baru tau ketam nipah ni halal..so iollss baru nak masak malam nih...so uoollss jgn lupa beli kat market dan masak okeh...ioollss tak sabar nak tgk uoollss punya ketam :D