Jumaat, 2 Disember 2011

Hidung Berdarah Ketika Mengandung (aku ler tuh!)

korang pernah tak kena hidung berdarah time peknen? 

aku cuak weiii...aku kerap kena...boleh dikatakan 2 hari sekali WAJIB kena...

aritu dah jumpa doc..doc ckp aku ada resdung..dan dia bagi ubat titik...adalah elok kejap..tak lama pastu, hidung berdarah balik...

aku ada search beberapa artikel psl hidung berdarah time peknen...di antaranya adalah seperti di bawah:



Tangani Hidung Berdarah

Sesetengah ibu hamil mudah mengalami gejala hidung berdarah. Selalunya keadaan ini berlaku pada trimester kedua dan terakhir. Gejala hidung berdarah ini selalunya tidak serius. Ini berlaku kerana perubahan hormon kehamilan yang turut menimbulkan kesan keradangan pada hidung. Keadaan ini menyebabkan penghasilan lendir atau cecair dalam hidung berlebihan dan ditambah dengan pelebaran pembuluh darah yang menyebabkan gejala ini mudah menyerang ibu hamil.
Berikut tip yang boleh cuba diamalkan bagi mengatasi masalah ini.
  • Apabila hidung berdarah, elakkan mendongakkan kepala ke atas semata-mata tidak mahu darah mengalir keluar. Cara ini salah kerana darah boleh memasukki saluran pernafasan. Sebaliknya tegakkan kepala dengan pandangan lurus ke depan dan tekan kedua hidung agar darah tidak mengalir.
  • Bagi menghentikan pengaliran darah, tekan kedua hidung anda dengan jari selama 10 minit.
  • Apabila pendarahan sudah berhenti, berhati-hati agar tidak bersin terlalu kuat bagi mengelakkan pendarahan berlaku lagi.
  • Anda boleh cuba lekapkan ketulan ais (yang dibalut dengan kain) pada sekitar hidung agar pembuluh darah mengecut dan membantu menghentikan pendarahan.
  • Jaga kelembapan hidung. Minum air yang cukup dan hindari berada terlalu lama dalam udara yang kering.
  • Jika pendarahan serius atau terlalu kerap berlaku, anda perlu mendapatkan pemeriksaan doktor.



nota sipi: malam ni gak aku terjah doktor...tadi ada hantar sms kat doc, doktor ckp dia nak cocok aku amik darah...maka aku kena get ready la yer...halamak! fengsan aku dengar tang cocok2 jarum nih...mmg dasar penakut ooo!!!

4 ulasan:

Liza Hashim berkata...

nome.. aku doakan takde apa2 yg serius.. aku masa ngandung takde adegan hidung berdarah tapi dua2 anak 1st trimester mmg aku bleeding.. doktor ckp rahim aku tk kuat..

nome berkata...

ku: thanks beb...hope takde apa2 yg serius..cuma cuak gak ler sbb kerap jadi hidung berdarah...

oh ye ker ko bleeding time peknen? mujur semuanya selamat..syukur...dpt lak anak2 yg comel..

Unknown berkata...

baru je kene pagi ni...first time...cuak jugak sbb kene kat opis...hbs stgh tisu gulong i bedal...now, sakit smpai kepala...

nome berkata...

Qaseh: u pun kena? tu la psl..cuak kan? i lagi la...every 2 days sure kena idung berdarah...cuak tau...